Motivasi Diri Ahli GME (Wajib baca)

Assalamualaikum semua...


Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. 

Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.

Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini GME ingin berkongsi beberapa tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. 

Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita anda.

1) 3 Perkara Perlu Digabung Jika Mahu Komited Ke Arah Kejayaan

Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. 
Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut:

1. Hati.
2. Minda.
3. Tindakan.



Ketiga-tiganya kenalah baik, kenalah positif, kenalah digabung sekata. Andai kata hati dan minda positif tapi tindakan negatif, kesannya akan jadi negatif. Andai kata hati, minda dan tindakan jadi positif, kesannya jadi positif. 

Ketiga-tiga perkara ni perlu positif, barulah Anda akan merasai impaknya.

Melalui gabungan hati, minda dan tindakan positif, Anda akan dapat mencapai apa jua kecemerlangan dalam apa jua usaha Anda. Sebab? Perkara-perkara positif menaikkan Anda, perkara-perkara negatif menjatuhkan Anda. 

Lihatkah orang-orang berfikiran negatif, mereka tak mencapai banyak kemajuan. Lihat pada orang-orang berfikiran positif, mereka dapat mencapai kemajuan.

Hati adalah aspek diri yang paling senang untuk dipengaruhi, iaitu sama ada ada dipengaruhi oleh bisikan-bisikan positif atau bisikan-bisikan negatif.

Ketika Anda berbuat sesuatu, bisikkan kata-kata positif dalam hati supaya Anda bersemangat, supaya tindakan Anda dan minda Anda jadi positif. Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:

1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar cemana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.

Down cemanapun emosi Anda, berusahalah positifkan diri. Masukkan bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya Anda dapat mengawal emosi lalu merubahnya jadi positif.

Laungkan dalam hati salah satu daripada bisikan-bisikan di atas untuk meniupkan inspirasi ke sanubari Anda. Apa yang ada di hati akan naik ke minda. Apa yang ada di minda Anda, itulah yang akan mempengaruhi perbuatan Anda.

Be strong!

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

2) 9 TIPS MEMULAKAN TINDAKAN

Setiap idea anda memerlukan SATU tindakan yang MANTAP untuk menjadikan ianya realiti. Kita tidak boleh duduk diam sahaja, tapi mahukan hasilnya. Itu tidak akan berlaku didalam sistem alam ini kerana sistem alam ini yang diciptakan Tuhan mempunyai sebab dan akibat-nya.

Untuk artikel kali ini, saya ingin berkongsi 9 Tips untuk memulakan TINDAKAN kita, khas buat pembaca blog saya. Semoga tips ini dapat memberi manfaat untuk kita bersama.

Mempunyai IMPIAN yg besar, tanpa tindakan yang hebat tidak akan membawa apa-apa hasil. IMPIAN akan bertukar menjadi ANGAN2 KOSONG.. Jadi, BERTINDAKLAH untuk merealisasikan IMPIAN anda! Untuk mula ‘BERTINDAK’ , tanpa sedar kita kadangkala terjerumus dengan sikap ‘kemalasan’ dan suka bertangguh. . “Takpelah.., nanti-nantilah buat..” sedar tak sedar dah dekat sebulan ditangguhkan. Bagaimana cara untuk melepaskan diri daripada belenggu  ini dan membuatkan kita sentiasa melakukan tindakan berterusan?

1. SENTIASA SEDAR DENGAN “WAKTU SEKARANG” (NOW).

Perkara ini akan membuatkan kita sentiasa sedar dan tidak memikirkan terlalu mendalam tentang apa yang akan berlaku dimasa hadapan. “Just Do It!”. Hakikatnya kita hanya ada waktu sekarang. Akan datang tidak tahu apa yg bakal berlaku. Jadi, bertindaklah SEKARANG kearah yang anda mahukan.

Apabila kita mula bertindak, kita akan merasakan halangan emosi berkurangan sedikit demi sedikit dan membina keyakinan diri; sebagai contoh: “susahlah”,”lecehlah”,”tak tahulah”,”tak pandailah”. Rupanya tak seperti yang kita sangkakan. Kita hanya perlu fokus kepada apa yang kita ingin lakukan dan tenang. Segala usaha yang kita sedang lakukan akan mudah diselesaikan. Ketenangan akan membuatkan kita mudah mendapat ilham untuk bertindak ke arah kejayaan.

Satu cara untuk melatih diri supaya berada diwaktu sekarang dan tidak memikirkan hal-hal yang tidak berkaitan seperti terlalu risau dengan perkara akan datang ialah dengan menarik nafas perlahan-lahan dan menghembusnya dengan kadar yang sama dalam jangka masa seminit dua.

2. MEMBERI DORONGAN.

Sentiasa membantu rakan anda untuk bertindak ke arah sesuatu usaha yang hendak dilakukan. Kita mengambil satu contoh “Kuruskan badan”. 

Rakan anda mempunyai hasrat untuk kuruskan badan, dan anda sentiasa memberi dorongan kepadanya supaya sentiasa melakukannya secara berterusan, bukannya “Hangat-hangat tahi ayam”.


Begitu juga dengan anda, sekiranya ingin melakukan satu usaha, kongsi dengan rakan anda apa yang anda ingin usahakan supaya apabila anda kurang semangat, mereka akan membantu memberi sokongan moral ke atas diri anda dan memastikan diri sentiasa konsisten dan memberikan hasil yang baik terhadap usaha-usaha yang ingin dilakukan.

Di dalam bisnes Vemma, jika anda perlukan dorongan dan semangat untuk menolak anda kearah kejayaan.. anda kena sentiasa plug in dengan mentor anda. Berkongsi  dengan mentor / leader anda kerana di sini…kita tak pernah kering dengan kata2 semangat dan dorongan yang membuatkan anda akan lebih berkeyakinan untuk berjaya di Gerak Muafakat Ekonomi. InsyaAllah…

3. MENDORONG DIRI SENDIRI.

Sentiasa memberi dorongan kepada diri sendiri apabila melakukan sesuatu usaha. Anda perlu tentukan matlamat anda. Sebagai contoh:

“Aku perlu  tuliskan WHY aku /testimoni power aku  untuk dikongsikan bersama rakan2 lain di dalam blog GME dalam masa 1 jam”.

Disini kita sendiri menentukan standard tanpa memerlukan dorongan daripada pihak lain. Masalah apabila kita melakukan sesuatu perkara tanpa dorongan daripada pihak lain kita akan mudah terjerumus kepada sikap malas dan bertangguh kerana tak ada desakan daripada pihak lain. Tetapi, kebaikannya pula apabila kita mendorong diri kita, kita tidak bergantung kepada yang lain, kita ada kekuatan daya dorongan daripada dalam diri kita sendiri. Ini akan membuatkan anda lebih konsisten pada setiap masa tanpa memerlukan bantuan luar. Cara ini anda lebih bebas bertindak dan tidak bergantung kepada jangkaan hasil daripada yang lain.

4. BERSIKAP POSITIF.

Salah satu cara untuk menguatkan daya dorongan dalam diri ialah sentiasa memikirkan perkara positif. Tenangkan fikiran anda, lakukan cara pernafasan seperti yang dinyatakan diatas kerana ilham hanya akan hadir apabila kita berada didalam keadaan tenang. 

Fikiran atau rasa negatif hanya sangkaan kita sahaja. Apabila kita ubah kepada positif, fikiran kita akan lebih tenang dan segala urusan menjadi mudah. Kita selalu berdoa kepada Tuhan “Ya Allah permudahkanlah segala urusanku…” betul? Apabila kita dalam tenang dan positif, doa ini akan ‘ACTIVATE’ (makbul) dan segala urusan kita menjadi mudah. Dah tentulah niat pun kena ikhlas ketika berdoa minta dari Allah..  Insya-Allah, Allah mendengar permintaan hamba2-Nya yg soleh..

5. MEMUDAHKAN PERKARA YANG ANDA INGIN LAKUKAN.

Kadang-kadang bila kita terlalu optimis dengan setiap perkara yang kita ingin lakukan, kita akan merasakan kita mampu buat semua perkara sedangkan secara realitinya kita tak mampu melakukannya. 

Ringkas atau permudahkan urusan anda. Anda tak perlu meletakkan semua urusan dalam satu hari atau melakukan kesemuanya. Ada urusan anda boleh lakukan sendiri, ada yang kita boleh beri kepada orang lain pula. Di Vemma, kita bekerja secara berkumpulan. Sebab itulah anda dapat lihat di sini betapa kuatnya semangat kerjasama berkumpulan di dalam GME. 

Kami dah bagaikan satu keluarga dan hubungan ini sampai bila2 selagi anda bersama kami.. Jadi, anda harus bijak menggunakan peluang yg ada & jangan menyusahkan diri sendiri melakukan semua perkara secara sendiri2. 

Anda juga kena percaya, ada masanya rezeki yang kita peroleh bukan untuk kita seorang sahaja, ada rezeki hanya ‘lalu’ depan kita sahaja tetapi untuk orang lain. Bahagi-bahagikan.

Fikirkan atau tetapkan ‘priority’ dalam urusan. Mana yang lebih penting kita dahulukan, dan tidak berapa penting kita kemudiankan. 

Cara ini akan membuatkan urusan kita lebih tersusun dan memudahkan kita melakukan tindakan secara realistik.

6. “PILIH” bukannya “MESTI”

Pilih apa yang boleh anda lakukan hari ini mengikut ‘priority’ bukannya anda mendesak diri anda untuk melakukan semua perkara. “Hari ini aku settlekan urusan pembayaran produk dulu..nak kena transfer di ATM kemudian send bukti pembayaran ke Upline..” bukannya “Hari ini aku kena tahu semua perkara tentang GME, sebelum aku buat pembayaran..bagaimana cara aku nak run projek ni nanti? Ada ke orang nak join dgn aku nanti? ” Hakikatnya…anda belum buat perkara yg anda sepatutnya buat dahulu. 

Bertindaklah ikut tahap keselesaan anda.

Bukanlah maksudnya anda tak boleh ambil tahu semua perkara di GME. ...  Proses untuk faham semuanya memerlukan masa... Ini adalah komuniti..dan ianya perlukan masa untuk anda belajar..dan masa untuk anda kenal hati budi ahli2 keluarga GME (trust me u will enjoy with us).. Apa yang penting..anda buat perkara yg anda sepatutnya buat dahulu.  

Jangan serabutkan minda anda dengan perkara2 lain yang boleh melambatkan tindakan anda.. seterusnya melambatkan proses untuk anda mencapai IMPIAN anda dalam hidup..Jangan terlalu mendesak diri anda untuk ambil tahu semua perkara dalam satu masa.

Apabila anda MEMILIH apa yang anda ingin lakukan, secara psikologinya anda mempunyai daya kawalan dan kuasa terhadap setiap tindakan. 

Ini  membuatkan anda lebih mudah dan selesa untuk membuat sesuatu TINDAKAN.

7. FOKUS KEPADA “WHY” bukannya “HOW”

“Bagaimana kalau aku join GME ini tapi tak menjadi? Macam mana?”

Kita mungkin akan menghabiskan masa seharian, mungkin berminggu atau bertahun memikirkan akibat kita membuat sesuatu tindakan. 

Kesudahannya kita tidak membuat apa-apa tindakan untuk memajukan diri. Jadi, untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, kenalpasti WHY anda perlu BERTINDAK? 

Kenapa anda perlu berubah? Jika belum jelas tentang WHY anda, apa kata anda perhatikan orang2 tersayang di sisi anda. Ibu bapa, pasangan hidup anda.. anak2.. renunglah wajah mereka & anda akan dapat jawapan kepada WHY anda perlu BERTINDAK! Atau anda mempunyai IMPIAN hidup lain yg ingin dicapai. 

Setelah anda kenalpasti WHY anda.. kongsikan dengan kami/ mentor anda ..mereka akan tunjukkan jalan...HOW/ bagaimana untuk BERTINDAK dan mengoptimumkan bisnes anda.

BAGAIMANA untuk menyelesaikan masalah, 
BAGAIMANA hendak mencapai matlamat anda. 
Plug in dan belajar daripada orang yang telah berjaya.

FOKUS kepada “WHY” membuatkan kita terus bertindak tanpa banyak soal.. segala masalah secara automatik akan diletakkan di tepi..sebaliknya kita hanya akan nampak IMPIAN yg perlu dicapai.. Dengan ini lama kelamaan membentuk sifat positif dalam diri anda. Ini membuatkan anda lebih mudah bertindak tanpa membuang masa memikirkan sesuatu hal terlalu lama kerana ianya tidak memberi manfaat kepada diri.

8. BERSEMANGAT@BERSUNGGUH-SUNGGUH

Setiasa bersemangat dan bersungguh-sungguh dengan setiap usaha yang kita lakukan. Orang sekeliling anda akan lebih berminat untuk join anda apabila mereka yakin anda boleh membimbing mereka. 

Ini adalah sifat semulajadi dalam diri setiap manusia. Mereka lihat anda seorang yang serius dan bersungguh2 di dalam bisnes..dan ingin menjadi seperti anda. Di dalam GME, the product speaks for itself…so anda tak perlu risau tentang product.. Apa yang anda perlu risaukan ialah.. diri anda sendiri. 
Tingkatkan usaha dan jadilah seorang yang bersungguh2 untuk berjaya.

Jika anda tidak bersungguh-sungguh, sebagai contoh, jika prospek bertanyakan anda tentang bagaimana nak buat duit di dalam Gerak muafakat Ekonomi ini,.. tetapi anda bercakap tidak nampak langsung kesungguhan. Cakap pun malas, tak ada ‘eye contact’(kalau bersemuka). 

Anda tidak akan dapat menarik minat prospek untuk join anda, malah prospek yang mencari peluang mungkin mencari leader lain. 

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tak perlu cerita bisnes .. buatlah bisnes apa pun.. memang diri andalah factor utama yang menentukan kejayaan diri anda sendiri.

Sentiasa kekalkan semangat dan bersungguh-sungguh supaya diri anda lebih berkeyakinan.

9. MULAKAN DENGAN PERKARA YANG KECIL DAN MUDAH

Perkara ini selalu berlaku kepada orang yang baru lepas keluar daripada ceramah motivasi. Diri sedang semangat membara sehingga terus nak buat semua perkara yang besar.

“Kejayaan yang BESAR, bermula dengan tindakan yang KECIL dan BERTERUSAN”

Ramai yang beranggapan hendak dapat hasil yang besar perlu terus BUAT TINDAKAN yang besar. TIDAK sama sekali. Mulakan dengan tindakan yang kecil dan mudah kerana tindakan yang kecil ini dapat membina skill dan keyakinan anda terhadap sesuatu usaha. 

Pada masa yang sama anda akan dapat ilmu-ilmu baru ketika melakukan tindakan-tindakan yang kecil . 

Sebagai contoh
anda ingin menjadi peniaga berjaya, anda perlu membuat tindakan kecil seperti pergi ke seminar-seminar. Itu kalau bisnes konvensional lain.. tetapi jika dlm Gerak muafakat ekonomi, yg hanya boleh dilakukan dari kalangan ahli keluarga dan sahabat2 terdekat dan dari mereka Gerakan ini akan berkembang .cth tindakan kecil yg anda boleh lakukan ialah sentiasa membaca motivasi2 seperti yang Gerak muafakat ekonomi  sediakan ini.. 

add rakan2 di FB dan berkawanlah dengan mereka dengan lebih akrab lagi. Jika tinggal berhampiran dengan leader anda, sentiasalah berjumpa dan berbincang bersama beliau. Amalkan atau implementasikan apa yang diajar. Baru anda boleh berjaya. Tanpa ilmu yang betul, anda akan lebih hampir kepada kegagalan.

Jadi.. BERTINDAKLAH SEKARANG!
Semoga kita semua amalkan apa yg telah diajar .. dan diharap semuanya mendapat kejayaan di Dunia & Akhirat.. Aminn…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Tips Motivasi Diri.


Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri boleh dikatakan suatu keperluan. Kita mesti tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita. Kita juga perlu mempunyai semangat yang tinggi walau dalam keadaan seteruk mana pun. 

Sesiapa yang kehilangan semangat ketika melalui situasi yang sukar akan berdepan dengan kekalahan walaupun perjalanannya belum pun berakhir.

Persoalannya disini, bagaimana cara untuk mendapatkan motivasi diri. Disini GME ingin berkongsi beberapa tips motivasi diri yang sedikit sebanyak diharap boleh membantu anda dalam mengharungi kesulitan mahupun kesukaran dalam perjalanan kehidupan. 

Artikel motivasi ini membincangkan tentang apa yang perlu ada dalam diri untuk sentiasa bersemangat dalam mengejar cita-cita.



Tahu Tujuan /WHY Anda.. 
Tidak ada sumber motivasi yang lebih kuat untuk anda berjaya daripada tujuan sebenar atau WHY anda melakukannya. Tujuan anda adalah inspirasi terbaik untuk memberi perangsang dalam menghadapi kesulitan di kemudian hari. Ia dapat membantu anda melakukan perkara-perkara yang dilihat mustahil  pada pandangan manusia normal. Bila anda mula terfikir yang anda sudah tidak bersemangat lagi untuk meneruskan perjalanan, ingat balik atau renunglah semula tujuan utama anda melakukannya. Ingatan itu akan membuatkan diri anda termotivasi semula dengan serta merta. 

Tetapkan Impian, sasaran atau Matlamat. 
Tujuan anda untuk berjaya merupakan sumber motivasi yang kuat tapi masih belum cukup untuk merealisasikan apa yang anda mahukan. Anda perlu ada impian atau matlamat. Anda perlu bayangkan apa yang akan berlaku pada anda apabila anda berjaya mencapai tujuan anda. Memiliki impian sangat penting sebab sangat susah untuk bermotivasi jika anda tiada matlamat yang khusus.

  
Bayangkan pemain bola sepak. Adakah mereka akan bermotivasi jika tiada pintu gol untuk dijaringkan? Mereka memerlukan matlamat. 

Begitu juga anda. Matlamat atau impian yang ditetapkan mestilah cukup besar untuk menginspirasikan anda. Ia harus realistik dan mencabar untuk mengeluarkan anda dari zon selesa yang anda duduki sekarang ini.



Mempunyai Keinginan Yang Kuat
Untuk benar-benar mendapat motivasi diri yang jitu, anda mesti mempunyai keinginan yang kuat. Ini akan membantu anda ketika melalui situasi-situasi yang sulit dan memastikan anda berusaha untuk melakukan prestasi yang terbaik walau dalam apa jua keadaan sekalipun.

 Jika anda berasa seperti keinginan anda semakin pudar, apa yang perlu anda lakukan ialah untuk  melihat kembali kepada impian dan matlamat anda. Ini akan memberikan motivasi kepada diri anda dan meningkatkan lagi rasa keinginan anda. 


Tetapkan Haluan Sendiri
Membandingkan diri anda dengan orang lain biasanya akan mengurangkan keyakinan anda. Walaupun anda pada mulanya bersemangat, lama-kelamaan anda mula terasa kekurangan diri jika dibandingkan dengan orang lain. Elakkan ini terjadi kepada anda. 

Anda mempunyai matlamat sendiri dan apa yang orang lain kecapi tidak perlu dibandingkan dengan diri anda. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup dan keadaan yang berbeza.  

Membandingkan diri anda dengan orang lain adalah seperti membandingkan prestasi seorang perenang dengan seorang pelari menggunakan standard masa yang sama. Mereka berdua dalam situasi yang berbeza jadi ianya adalah tidak relevan untuk membandingkan kedua-dua orang ini.

Berani Meneruskan Perjalanan
Apabila anda bertemu dengan cabaran dalam perjalanan anda untuk berjaya, anda mungkin cenderung untuk menghentikan perjalanan itu. 

Anda mungkin berfikir bahawa ia terlalu sukar untuk diteruskan. Tetapi, ini sebenarnya adalah saat dimana anda boleh melihat perbezaan antara seorang yang menang ataupun seorang yang kalah. Meskipun kedua-duanya menghadapi kesulitan yang sama, tetapi satu perkara yang membezakan adalah keberanian untuk meneruskan perjalanan itu. 

Jika berhadapan dalam situasi yang sukar, fokuskan pemikiran anda untuk meneruskan langkah kehadapan. Jangan berfikir bagaimana untuk menyelesaikan perlumbaan atau berapa banyak lagi cabaran yang akan ditempuhi. Tetapi, hanya fokus untuk mengambil langkah yang seterusnya.



Lupakan Masa Silam
Percaya atau tidak, salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah masa silam anda sendiri. Ia boleh memberi beban yang berat diatas bahu yang perlu anda pikul. 

Walaupun begitu, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan. Anda mungkin membuat kesalahan pada masa lalu. Anda mungkin telah mengecewakan orang lain dengan apa yang anda lakukan. Tapi itu semua sudah berlalu. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi hakikatnya. 

Hari ini adalah hari yang baru dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk memulakan semula hari anda. 

Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Akhir kata, jom cabar diri kita untuk terus menuju kejayaan...ooooo yessssss!!!


Related image


No comments:

Post a Comment